Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Kita, Kecuali Kita Sendiri Berusaha Untuk Mengubah
- freepik.com
Jadikan petikan ayat ini untuk menguatkan semangat diri sendiri dalam melalui apa-apa situasi sekalipun dan jangan berputus asa kerena Allah membenci orang-orang yang berputus asa.
Jangan Mudah Mengalah Terhadap Kesulitan Hidup, Kerana Setiap Titisan Air Hujan Yang Jernih Datangnya Dari Awan Yang Gelap
Rajinkan diri untuk berfikiran baik-baik dalam menjalani hidup seharian, setiap jalan yang Allah berikan pastinya ada hikmah yang luar biasa. Jangan pula kita mengeluh dalam jalani hidup, perkara seperti itu tak memberi makna dan penyelesaian langsung malah membuang masa yang banyak sahaja
Setiap masa yang kita ada, gunakan untuk terus berfikir, cari penyelesaian sehingga kita jumpa cara yang boleh kita usahakan. Biarpun tidak berhasil setelah kita mencuba, fikirkan lagi cara penyelesaian yang baru. Jangan mengalah kerana Allah memberi ujian dengan kadar kemampuan kita masing-masing.
Biarpun Gagal Selepas Penat Berusaha, Bukan Itu Yang Penting. Teruskan Berusaha Sehingga Tercapai Apa Yang Kita Inginkan
Jangan suka gunakan banyak alasan bila mengejar impian. Jangan termakan dengan kata-kata orang lain. Kita harus percaya pada diri sendiri dalam mengurus kehidupan kita tanpa membandingkan gaya hidup orang lain yang lebih selesa, lebih indah.
Walaupun kadangkala fikiran kita jadi buntu, perasaan jadi lemah, rasa terkesan dengan kegagalan yang sering kali menyapa, kita perlu percaya bahawa Allah itu maha adil dan maha melihat. Yakinlah satu hari nanti, impian yang kita bayangkan, usaha yang telah kita lakukan pastinya akan membuahkan hasil. Jangan takut untuk terus konsisten.