Penyebab Jodoh Datang Terlambat Menurut Islam
Sabtu, 23 September 2023 - 19:56 WIB
Sumber :
Belum benar bersedia menerima pasangan.
Persiapan menuju perkahwinan tidak boleh dianggap perkara yang main-main. Ia boleh di kategorikan kepada 3 aspek utama yaitu mental, fizik dan kewangan. Persiapan mental bermaksud selepas berkahwin, kita tidak lagi boleh mempunyai pikiran dan tabiat seperti zaman bujang. Dalam semua benda, mesti ada komunikasi antara diri dan pasangan.
Contoh paling mudah dalam hal makan dan minum. Dulu sebelum kahwin mungkin kita tidak kisah tentang apa yang kita makan. Bila dah kahwin, perlu untuk kita mengetahui tentang apa makanan kegemaran, kesukaan atau makanan yang pasangan kita tidak boleh makan atau alergik.