Sebelum Menyalahkan Takdir, Mungkin Ini Penyebab Jodoh Datang Terlambat
Contoh paling mudah dalam hal makan dan minum. Dulu sebelum kahwin mungkin kita tidak kisah tentang apa yang kita makan. Bila dah kahwin, perlu untuk kita mengetahui tentang apa makanan kegemaran, kesukaan atau makanan yang pasangan kita tidak boleh makan atau alergik.
Itu hanya saya sebutkan bab makanan sahaja. Tidak termasuk perkara-perkara lain yang lebih besar. Perkara yang lebih besar adalah mengenai kesediaan untuk menerima tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Jika kita lelaki, tanya diri sama ada bersedia atau tidak untuk membimbing isteri, menjadi ketua keluarga dan ayah yang baik untuk anak-anak anda. Bersedia atau tidak untuk menanggung dosa isteri dan anak-anak jika kita tidak mendidik dengan betul sebagaimana digariskan dalam al quran. Allah swt telah berfirman dalam quran yang bermaksud: