Sebelum Menyalahkan Takdir, Mungkin Ini Penyebab Jodoh Datang Terlambat
Olret – Jodoh merupakan salah satu ketetapan Allah sejak manusia dilahirkan. Setiap manusia telah ditentukan bagi mereka soal rezeki dan kematian. Begitu juga dalam hal jodoh. Setiap manusia, nasib tidaklah sama. Ada orang menikah muda dan ada pula yang menikah terlambat .
Terdapat banyak aspek yang mempengaruhi faktor seseorang belum bertemu jodoh. Seperti dilansir dari baitulmuslim.com, sebelum menyalahkan takdir, mungkin ini penyebab jodoh datang terlambat adalah sebagai berikut.
Tentang Jodoh, Kadang Masih Sering Terjadi Salah Paham. Jodoh Itu Dicari atau Dinanti, Simak Yuk Penjelasannya.
Banyak orang yang menganggap bahwa jodoh itu tak perlu dicari karena akan hadir dengan sendirinya. Mungkin banyak teman-teman yang mengatakan "Aku bukannya tak ingin menikah, tapi sampai sekarang jodoh belum datang juga", bagaimana ingin menikah?
Menunggu jodoh tanpa berusaha sama dengan menunggu jodoh jatuh dari langit. Karena jodoh itu seharusnya sesuatu yang perlu dicari dan diusahakan bukan hanya menunggu dan mengeluh. Sama halnya dengan ingin makan, gak mungkin kan duduk saja terus makanan langsung masuk ke perut dan bikin kenyang.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari) keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.(QS. Ankabut :69)
Belum benar bersedia menerima pasangan.
Persiapan menuju perkahwinan tidak boleh dianggap perkara yang main-main. Ia boleh dikategorikan kepada 3 aspek utama iaitu mental, fizikal dan kewangan. Persiapan mental bermaksud selepas berkahwin, kita tidak lagi boleh mempunyai fikiran dan tabiat seperti zaman bujang. Dalam semua benda, mesti ada komunikasi antara diri dan pasangan.
Contoh paling mudah dalam hal makan dan minum. Dulu sebelum kahwin mungkin kita tidak kisah tentang apa yang kita makan. Bila dah kahwin, perlu untuk kita mengetahui tentang apa makanan kegemaran, kesukaan atau makanan yang pasangan kita tidak boleh makan atau alergik.
Itu hanya saya sebutkan bab makanan sahaja. Tidak termasuk perkara-perkara lain yang lebih besar. Perkara yang lebih besar adalah mengenai kesediaan untuk menerima tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Jika kita lelaki, tanya diri sama ada bersedia atau tidak untuk membimbing isteri, menjadi ketua keluarga dan ayah yang baik untuk anak-anak anda. Bersedia atau tidak untuk menanggung dosa isteri dan anak-anak jika kita tidak mendidik dengan betul sebagaimana digariskan dalam al quran. Allah swt telah berfirman dalam quran yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(Surah At-Tahrim:6)
Selain itu persiapan daripada segi fizikal juga merupakan benda yang penting. Persiapan fizikal tidak hanya bercakap soal hubungan intim suami isteri. Tetapi ia juga berkait rapat dengan penjagaan fizikal (tubuh badan) diri kita.
Apabila berkahwin, kita mesti menjaga penampilan diri kita. Jangan sebelum berkahwin, kita ini seorang yang kemas, bersih, wangi, cantik dan menarik. Tetapi bila dah berkahwin, keadaan diri kita bagaikan tidak terurus, pengotor dan tidak lagi menarik perhatian suami atau isteri kita. Ini juga antara salah satu faktor perceraian.
Persiapan yang terakhir adalah persiapan dari segi kewangan dan material. Menjadi tugas seorang suami menyediakan pakaian, makanan dan minuman serta tempat tinggal kepada isteri.
Tidak perlu mewah, cukup dengan selesa untuk didiami. Selain itu, nafkah isteri dan segala perbelanjaan harian serta bulanan juga adalah tanggungjawab suami yang perlu mereka sediakan.
Seseorang lelaki yang masih belum bergelar suami harus memikirkan macam mana untuk menyara keluarga nanti apabila sudah mempunyai isteri dan anak-anak.